Hiburan

Rizalman Umum Bersara Dari Dunia Fesyen

gempak
Amri Hassan
20/02/2020
15:09 MYT
Sponsor Banner
Rizalman Umum Bersara Dari Dunia Fesyen
Selepas 30 tahun, Datuk Rizalman Ibrahim memutuskan untuk bersara dari dunia fesyen tanah air.
Pengumuman itu dibuat Rizalman ketika pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.
"Ini pertunjukan fesyen saya yang terakhir. Dengan rasa rendah diri saya mengumumkan persaraan saya dari dunia fesyen," kata Rizalman.
Serentak itu juga, Rizalman telah menyerahkan jawatannya kepada pemangkunya, Faizul.
Faizul menjadi pembantu Rizalman sejak 15 tahun lalu.
Pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa mementaskan koleksi terakhir Rizalman berserta persembahan khas dari Dayang Nurfaizah.
Turut sama membuat kemunculan di pentas Kesuma Jiwa penyanyi Hael Husaini, Sherry Alhadad dan Datuk Syafinaz Selamat.
Terima kasih Datuk Rizalman Ibrahim!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live