Hiburan
Pelakon Sudah Jadi Ustazah Menangis, Rayu TV Tidak Tayang Ulang Sinetron
Seorang pelakon wanita menjadi perhatian selepas menangis teresak-esakdi media sosial meminta agar sinetron lakonannya sebelum ini tidak ditayang ulang oleh pihak stesen televisyen.
Pelakon tersebut, Mega Aulia pernah membawa watak Atikah di dalam sinetron Tukang Bubur Naik Haji.
Mega merayu sambil menangis agar sinetron tersebut tidak ditayang ulang kerana penampilannya kinni sudah berubah.
Menerusi permintaan yang dibuat di akaun Instagram, Mega mengatakan dia sekarang sudah berhijab sementara sewaktu terbabit dengan sinetron tersebut dirinya tidak menutup aurat.
“Assalamualaikum saya Mega Aulia mantan artis yang sebelum ini berlakon dalam satu sinetron belum menutup aurat tapi sekarang saya sudah menutup aurat.
“Saya merayu kepada semua stesen televisyen agar tidak menayangkan semula sinetron lakonan saya, Tukang Bubur Naik Haji kerana akan menjadi dosa buat saya,” katanya seperti dilaporkan InsertLive.
Sambil menangis dia juga mengatakan: “Ia juga akan menjadi dosa jariah buat ibu dan bapa saya di dalam kubur. Tolong beri kerjasama, tolong.”
BERITA TRENDING: Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan
Lebih lanjut wanita yang pernah menyertai Puteri Indonesia 2021 itu juga mengatakan tidak mahu masyarakat melihat penampilannya dahulu kerana sudah bertaubat.“Saya minta kerjasama semua. Saya tidak mahu penampilan tanpa menutup aurat saya dilihat orang bukan mahram. Berdosa. Saya sudah taubat. Jadi tolong jangan siarkan sinetron lakonan saya lagi,” rayunya berkali-kali.
BERITA TRENDING: Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"
Diketahui Mega Aulia sudah berhenti menjadi artis dan kini bekerja sebagai ustazah.BERITA TRENDING: Berimej Islamik, Ada Penerbit Takut Nak Ambil Taiyuddin Bakar Berlakon! - "Saya Cari Rezeki Halal..."
Must-Watch Video