Rizman Ruzaini Terkejut, Tak Tahu Gaun Terdedah Bahu Dipakai Natasha Hudson - “Ia Mencalarkan Imej & Reputasi …”
Amri Hassan
06/01/2021 10:45 MYT
06/01/2021 10:45 MYT
Pereka fesyen Rizman Ruzaini terkejut apabila mengetahui busana rekaannya dipakai selebriti bertudung, Natasha Hudson.
BACA: "What's Wrong Dengan Baju Ni?" - Pakai Baju Terbelah Nampak Bahu, Ini Penjelasan Natasha Hudson..
Kata Rizman, gaun putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu itu telah dibeli oleh seseorang individu tanpa mengetahui identiti sejak tiga bulan lalu.
"Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.
"Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.
"Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu," katanya.
Tambah Rizman, selaku pereka fesyen yang telah banyak bekerjasama dengan selebriti berhijab misalnya Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia peka dengan pakaian yang sepatutnya digayakan bersesuaian dengan imej pelanggannya.
"Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.
“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.
Rizman turut menegur penata gaya Natasha dan menasihati agar lebih sensitif dengan imej wanita muslim.
Natasha mencetuskan kontroversi apabila muncul dengan gaun putih terdedah sebahagian bahu pada pelancaran produk di ibukota semalam.
Selain terdedah bahu, gaun putih itu turut terbelah pada bahagian belakang hingga menampakkan sebahagian betisnya.
Sumber: Kosmo! Online