HIBURAN
RM & V BTS Tamat Khidmat Ketenteraan Harini, Peminat Rai Dengan Penuh Keterujaan - “Selamat Pulang Suamiku”
Setelah dua tahun penantian, dua lagi ahli kumpulan BTS iaitu RM dan V akhirnya menamatkan perkhidmatan tentera mereka pada Selasa.
Walaupun agensi mereka, HYBE LABELS telah melarang peminat dari hadir ke tapak latihan ketenteraan namun, ramai yang tetap hadir untuk menyambut kepulangan mereka.
Dalam masa yang sama, peminat dari seluruh dunia turut meraikan kepulangan RM dan V di pelbagai platform media sosial.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Selamat pulang suamiku RM dan V.”
“Akhirnya RM dan V tamat juga latihan mereka!”
“Penantian kini berakhir untuk menunggu mereka,” komen dari netizen.
Sementara itu, dua lagi ahli yang lain iaitu Jimin dan Jungkook akan menamatkan perkhidmatan mereka pada keesokan harinya, manakala Suga pula akan kembali menemui peminat pada 21 Jun nanti.