Aktor Robert Pattinson menceritakan salah satu detik yang menjijikkan dalam kehidupannya sebagai seorang pelakon.

Dalam satu temubual yang dipetik dari labbible.com, Pattinson menceritakan dia disuruh melakukan seks dengan seekor anjing saat membintangi filem berjudul Good Time beberapa tahun lalu.

Menurut Pattinson, sutradara mengarahkan dia melakukan seks dengan binatang sewaktu tidur bersama di atas katil.

Namun, bintang filem Twilight dan The Batman itu menolak permintaan tersebut.

Menurut Pattinson, wataknya di dalam filem ini adalah sebagai seorang penjenayah yang cuba menyelamatkan nyawa adiknya.

"Karakter saya secara spesifik sebagai seorang penggemar anjing dan percaya mampu mengawal binatang ini.

"Terdapat satu babak di mana pengedar dadah menceroboh ke bilik saya dan saat itu saya sedang tidur bersama anjing (berasmara).

"Pengarah mengatakan lakukan! Saya menolaknya. Ini sebuah pencabulan terhadap binatang. Dan ia (seks) bersama binatang sangat menjijikkan!" kata Pattinson seperti dipetik dari sesi bual bicara dalam Jimmy Kimmel Live!

Kata Pattinson apa yang membanggakannya adalah walaupun tanpa melakonkan babak yang menjijikkan itu, filem tersebut yang tayang di Cannes Film Festival tetap meraih pujian dan layak bertanding dalam salah satu pertandingan yang berprestij di festival itu iaitu Palme d'Or.

Kredit Foto: Hollywood Insider