UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

'Rock It Like Amy' Tema Outfit Konsert Amy Search Magic, Jom Dress Up! - "Saya Nak Semua Hidupkan Semula..."

Amri Hassan 05/02/2025 | 12:51 MYT

Sempena pembukaan rasmi penjualan tiket konsert Amy Search Magic yang berlangsung hari ini, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, mengumumkan tema busana buat peminat yang bakal hadir ke konsert yang dijangka berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April depan.

BERITA TRENDING: ​"Ini Impian Saya..." - Lebih 4 Dekad Dalam Industri, Amy Search Umum Konsert Solo Pertama Di Axiata Arena

Bertemakan Rock It Like Amy, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menggalakkan peminat untuk mengenakan gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock n’ roll.

Menurutnya, tema itu bukan sekadar gaya pemakaian, tetapi satu penghormatan kepada evolusi muzik rock serta perjalanan seninya selama lebih empat dekad.
“Saya nak semua yang datang ke konsert ini menghidupkan kembali gaya rock yang pernah saya gayakan sejak empat dekad lalu hingga sekarang.
“Sama-sama kita rasai pengalaman dunia rock yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 80-an dan masih mendapat tempat sehingga kini” katanya.
Menurut Amy, pemilihan tema itu juga selari dengan konsep konsert yang bakal menampilkan pelbagai elemen magis dan luar biasa.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah perjalanan muzik yang penuh magis dan kenangan buat peminat.
“Saya percaya sentuhan hebat Jennifer Thompson selaku pengarah konsert serta pimpinan muzik yang akan diketuai oleh Rie Tsuji, konsert ini akan mengembalikan segala nostalgia dan memberikan kenangan manis kepada semua,” katanya.

BERITA TRENDING: "Killer Song Itu Subjektif, Penyanyi Baharu Perlu Usaha Cari Genre Yang Tepat" - Amy Search

Tiket untuk konsert ini mula dijual hari ini di platform www.wowtix.com.my .

Harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Lagu Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kalimah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).

BERITA TRENDING: ​“Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search

#Penyanyi #Viral #Konsert #Amy Search #Rock #Tema #Outfit
;