Menjelang bulan Ramadan penuh mulia ini pastinya ramai yang mengambil peluang dan kesempatan untuk ketakwaan di sisi Allah SWT.

Bulan Ramadan bukan tentang makan semata-mata kerana inilah kesempatan terbaik untuk mengawal dan mendidik hawa nafsu kita dan perbanyakan ibadah.

Soal hiburan juga perlu dititikberatkan dan perlulah menonton perkara yang bermanfaat.

Sebab itu jugalah Astro Oasis bakal menyediakan pelbagai rancangan dan program yang penuh pengisian kepada penonton sepanjang Ramadan kali ini

Berikut merupakan antara seleksi program yang bakal disiarkan.


#1 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6


Ditayangkan setiap Khamis bermula 7 April ini, Tazkirah Malam Jumaat akan menjadi sumber ilmu dan inspirasi berdasarkan kehidupan dengan nilai Islam.

Bakal membincangkan banyak isu sosial, program ini akan berlangsung di beberapa masjid dan surau berbeza.

Program ini bakal dikendalikan oleh Fakhrul Radhi, Amin Idris dan ramai lagi asatizah.



#2 Iman & Aman S4


Iman & Aman merupakan program berbentuk bual bicara Islam yang akan memberikan pemahaman ringkas berkaitan sejarah Islam di Palestin.

Perkara perkara yang dapat ‘menghidupkan’ hati manusia dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Topik yang bakal ditayangkan ini akan memberikan inspirasi kerana ianya berkaitan kehidupan seharian dan mampu memberikan suntikan kesedaran kepada orang ramai dalam mencari erti barakah dalam kehidupan mereka.

Program ini bakal ditayangkan setiap Isnin bermula 4 April yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Zainudin (PU Yeop) & Farra Adeeba.



#3 Presint Iman


Program yang membawa penonton melihat kekuatan dan pegangan dalam diri dan kehidupan.

Rukun Islam dan Iman sebagai asas bagi mengukuhkan akidah.

Sirah sebagai iktibar dan panduan. Inilah khazanah yang memandu kehidupan setiap jiwa hingga ia sampai ke destinasi.

Juga ditayangkan setiap Isnin jam 7.30 malam bermula 4 April dan dihoskan oleh Ustaz Hj Badlishah & Ustazah Asma




#4 Rockstar Ke Masjid


Rockstar Ke Masjid adalah sebuah ‘travelogue’ berunsurkan dakwah iaitu di mana program ini mengajak golongan artis dan penonton untuk mendekati masjid.

Di samping itu, mendengar kisah inspirasi dan perubahan dari rockstar tersebut.

Selain itu, program ini akan mengumpulkan dana dari aktiviti buskin yang dilakukan oleh rockstar untuk diserahkan kepada masjid yang memerlukan di sekitar Malaysia.

Jadi jika nak lihat bagaimana rockstar-rockstar kita melakukan 'street dakwah' dan busking untuk mengumpul dana buat masjid-masjid terpilih, jangan lupa 5 April ini!

Rancangan ini bakal bersiaran setiap Selasa jam 7.30 petang.

Antara rockstar yang bakal memeriahkan termasuklah Rahmat Mega, Ali XPDC, Aris Ariwatan, Lan Solo,Bandi Amuk,Neves Pretty Ugly & Rahmat Ekamatra



#5 Kembara Chef Wan 2022



Datuk Chef Wan mengembara keseluruh pelusuk dunia untuk bertemu dengan pelbagai karakter yang menarik dan tempat yang menakjubkan.

Tidak kira samada ia memerlukan Chef Wan mengharungi perjalanan yang penuh cabaran, namun atas minat dan keazaman Chef Wan akan membawa penonton untuk mengharungi cabaran ini demi berkongsi budaya, makanan dan kehidupan yang jauh berbeza dari kehidupan kita.

Seperti biasa keunikkan makanan di sesuatu tempat akan dikongsi bersama dengan penonton namun apa yang menarik bagi rancangan Chef Wan ini adalah untuk menerokai kehidupan masyarakat setempat yang menarik dan berbeza dari segi budaya, keunikkan dan juga pemandangan indah setiap lokasi yang diterapkannya.

Lokasi yang telah dikenal pasti sebagai destinasi Chef Wan kali ini bersempena dengan Bulan Ramadhan adalah Iran, Qatar and United Arab Emirates (Dubai dan Abu Dhabi).

Program ini akan disiarkan setiap hariRabu bermula 6 April.


#6 Mencari Ibrah-Nya


Mengetengahkan kisah insan-insan yang terkesan oleh bencana alam, pandemik Covid-19, kemalangan dan pelbagai lagi ujian untuk dijadikan iktibar buat semua.

Program ini akan ditayangkan setiap Khamis pada 7.30 malam.



#7 Merentas Samudera Ke Nusantara


Pengacara berpengalaman Zainal Ariffin Ismail bersama pakar bidang arkeologi, sejarah, dan etnomuzik bertindak sebagai ‘Detektif Sejarah’.

Zainal akan membongkar bukti kedatangan Islam dan perkembangannya di Semenanjung Tanah Melayu berpandu epigrafi, artefak, sejarah lisan, dan muzik.

Program ini bakal ditayangkan setiap Jumaat pada 7.30 malam .



#8 Geng Ngaji Musim 3


Geng Ngaji merupakan aktiviti mengaji dan membaca Al-quran dengan cara interaktif melalui panggilan telefon dan Skype bersama penonton di rumah di samping para artis turut juga membaca surah pilihan.

Geng Ngaji Musim 3 ditayangkan setiap hari bermula 3 April dan dihoskan oleh Fakhrul, Farhatul, Ustaz Tarmizi, Ustaz Don & Sheikh Abd Karim