Sejak sekian lama, lawak dan gurau senda lucah sering kita dengar, mahupun secara sosial dan juga menerusi media massa.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa bergurau senda lucah adalah salah di sisi agama.

Menerusi sesi soal jawab di Instagram baru-baru ini, pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan menjelaskan bahawa perbuatan bergurau senda tentang perkara lucah dan rogol merupakan satu dosa besar.

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)


Katanya, perbuatan melawak dengan unsur lucah juga tidak dirasakan kelakar dan memohon agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi.

BACA: “Patutlah Abang Cari Boxer Tak Jumpa” - Lawak Lucah Zizan Razak Di Instagram Jennie Blackpink Cetus Amarah Netizen

“Apa pendapat tentang isu rogol baru-baru ini? Ok sahabat sekalian, rakyat Malaysia sekalian. Pertama, rogol tu berdosa besar, buat lawak rogol pun berdosa besar, buat scene rogol dalam movie pun berdosa besar.

“Tolong stop buat lawak lucah, tolong stop buat lawak double meaning, tolong stop tayangkan scene yang tak sepatutnya di movie dan drama. Benda ni tak lawak langsung,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tentang pendapat sesebuah lakonan lucah atau rogol dalam filem atau drama dilakukan demi memberi pengajaran kepada semua supaya tidak terikut dengan perkara tersebut.

BACA: “Jaga Sensitiviti, Elakkan Lawak Lucah” - Azlee Senario

Kemudian, beliau turut berkata yang lawak berunsur lucah perlu dihindarkan daripada dimasukkan ke dalam karya-karya seni.

“Niat tak menghalalkan cara. Nak elakkan rogol bukan dengan cara kita tayang benda tu.

“Tak lawak langsung, takda benda lain ke nak gurau? Kreatiflah sikit kalau nak buat lawak pun. Takkanlah sebab nak buat lawak nak hiburkan orang kita sanggup gadaikan agama buat benda-benda tak elok macam ini?” tutupnya.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!