Hiburan

Rogue One: A Star Wars Story, Terbaik Selepas The Force Awakens

Rozaimi Zubaidi
22/12/2016
12:30 MYT
FILEM: Rogue One: A Star Wars Story
PENGARAH: Gareth Edwards (V)
PELAKON: Felicity Jones , Jiang Wen , Riz Ahmed , Donnie Yen ,Diego Luna dan ramai lagi.
DURASI: 133 minit
PENGEDAR: Walt Disney Pictures
TARIKH TAYANGAN: 15 Disember 2016
Prekuel filem sains fiksyen Star Wars, iaitu Rogue One: A Star Wars Story memang sangat dinanti oleh para peminat dan pengikut setianya di seluruh dunia.
Tambahan lagi siri filem Star Wars dianggap lagenda dalam perfileman Hollywood.
Rogue One: A Star Wars Story pasti mengujakan setiap penonton kerana disajikan dengan babak aksi dan peperangan angkasa yang sangat-sangat memberi kepuasan kerana kehebatan teknik CGInya.
Apa yang penulis dapat simpulkan, kesan teknologi CGI yang digunakan kali ini tidak begitu menghampakan bahkan lebih baik daripada beberapa filem keluaran Star Wars sebelum ini.
Bagi penulis, Rogue One: A Star Wars Story merupakan satu kisah yang menarik jika hendak dibandingkan dengan jalan-jalan cerita Star Wars yang sebelum ini kerana penceritaan yang hendak disampaikan mudah untuk di fahami oleh penonton.
Tambahan lagi, jika anda bukan pengikut siri Star Wars sebelum ini, anda akan tetap dapat memahami jalan ceritanya.
Filem ini juga bukanlah sambungan filem Star Wars VII: The Force Awaken tetapi filem 'spin off' Star Wars yang pertama.
Lakonan pelakon-pelakonnya juga walaupun bukan di tahap yang terbaik, tetapi lama kelamaan watak mereka semakin berkembang dengan baik dan wajar diberi pujian kerana mereka memainkan peranan tersendiri dalam menghidupkan karakter yang diberikan. Namun, bagi penulis ada sesetengah watak yang muncul terlalu sekejap dan tiada fungsi dalam filem ini .
Penulis dengar ramai orang mengatakan ini adalah filem Star Wars yang terbaik sejak trilogi asal, tetapi bagi penulis ia merupakan yang kedua terbaik, selepas The Force Awakens, kerana ia tidak seperti penulis gambarkan sehingga menjadikan francais ini hebat dan berbaloi.
Sejujurnya, penulis boleh mengatakan plot filem Rogue One: A Star Wars Story berjalan dengan baik.
Sinopsis:
Bekas ahli sains Galen Erso tinggal di sebuah ladang dengan isterinya dan anak perempuan muda Jyn.Keamanan keluarga ini mula berubah apabila Orson Krennic mengambil ibu dan bapanya.
Beberapa tahun kemudian, Galen sebagai jurutera dengan memiliki senjata yang paling berkuasa di galaksi, Death Star. Mengetahui bahawa bapanya itu memegang kunci kepada kehancuran, Jyn berdendam untuk menyertai pasukan itu dengan mata-mata dan pejuang lain untuk mencuri pelan stesen angkasa bagi Rebel Alliance.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

gempak
25/07/2024
06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Berita

Larikan Dua Kanak-Kanak, Penjual Goreng Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

gempak
25/07/2024
05:25 MYT
Seorang penjual pisang goreng yang melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor, tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, pagi ini.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.