Romantiknya A. Aida & Ariff Aziz Bulan Madu Di Australia

Syafiqah Jalal
Ogos 7, 2018 07:19 MYT
Selepas menjalinkan ikatan yang sah sebagai suami isteri pada 22 Julai lalu, pasangan Datuk A. Aida, 47, dan Ariff Aziz, 29, kini berada di Australia untuk berbulan madu.
Menerusi perkongsian mereka di Instagram (IG), A. Aida dan Ariff sudah berada di Sydney, Australia sejak empat hari lalu.
Pasangan itu dilihat berkesempatan mengunjungi beberapa tempat menarik di Sydney seperti Sydney Harbour Briedge, Sydney Opera House, Australian Reptile Park, Anna Bay, Musuem of Contemporary Art, Blacktown dan banyak lagi.
Apa yang pasti, foto mesra mereka bedua mendapat perhatian pengikutnya di IG yang menyifatkan mereka sangat romantik.
"So sweet...happy honeymoon!
"Sweet couple...muka sama," antara komen pengikutnya.
A.Aida pernah melalui tiga alam perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan.
Berikut merupakan foto-foto menarik mereka di sana:
Foto: IG @ariffaziz / @a.aidaproduction
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Bulan Madu #Pelakon #Artis #Honeymoon #A. Aida #Ariff Aziz