UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
TERKINI

Rossa Bakal Bawa Artis Malaysia Ke Jakarta, Artis Indonesia Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert Here I Am - "Saya Mahu Berlaku Adil..."

Ainun 12/02/2025 | 20:55 MYT

Penyanyi popular, Datuk Seri Rossa, bakal membawa artis Malaysia untuk membuat persembahan di konsert Rossa: Here I Am di Jakarta, Mei nanti.

Menurut Rossa atau Sri Rossa Roslaina Handiyani, 46, kolaborasi itu merupakan inisiatifnya meraikan kehadiran sahabat penyanyi dari Malaysia dan Indonesia dalam konsert yang penuh bermakna itu.
“Konsert ini merupakan skala besar yang diadakan di tiga negara iaitu Jakarta, Malaysia dan Singapura. Banyak lagu yang ada di Malaysia tidak saya nyanyikan untuk konsert di Jakarta dan sebaliknya. Saya mahu beri rasa istimewa di setiap konsert.

“Ada banyak yang kami rancang termasuklah kolaborasi dengan penyanyi Malaysia sebagai bintang tamu.

“Penyanyi tersebut masih saya rahsiakan orangnya. Tapi ada artis Malaysia yang akan ke Jakarta dan penyanyi Indonesia yang buat persembahan di Malaysia.
“Malaysia sudah menjadi rumah kedua dan saya seperti sudah ada keluarga di sini. Saya mahu berlaku adil buat kedua-dua negara,” katanya kepada Gempak.
Rossa ditemui di majlis sidang media konsert Rossa: Here I Am di Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, penyanyi hebat itu bakal membawa 27 buah lagu menerusi beberapa segmen seperti runut bunyi dan galau sepanjang tiga jam tersebut.

BERITA BERKAITAN: Tiket Pra-Jualan Konsert Rossa Di Axiata Arena Tahun Depan Sold Out Dalam 3 Jam!

BERITA BERKAITAN: Ungu, Nidji, Rossa, Fabio Asher & Exist Bergabung Dalam Konsert Galau The Finale Februari 2025!

BERITA BERKAITAN: Rossa Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di Tayangan Perdana Filem All Access To Rossa 25 Shining Years

BERITA BERKAITAN: Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

Menurut Rossa, nama Here I Am dipilih sebagai refleksi dari perjalanan kerjaya beliau serta legasi yang telah dicapainya hingga kini.
“Bagi saya, nama Here I Am menggambarkan perjalanan kerjaya saya yang telah membawa saya sejauh ini, menjadikan siapa diri saya pada hari ini, berapa banyak album termasuk lagu hits dihasilkan, penghargaan serta anugerah yang diterima, termasuk konsert-konsert solo saya,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Aizuddin yang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata dia bersetuju untuk bekerjasama dengan Rossa kerana mengenang sikap penyanyi itu yang rajin menghulurkan bantuan bukan hanya mengejar komersial semata-mata.
“Saya bersyukur kerana Rossa sentiasa prihatin dengan aktiviti kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata-mata.

“Rossa bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan dan kebajikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin,” katanya.

Konsert Here I Am di Malaysia akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun 2025. Tiket dijual bermula pada harga RM288.

#Konsert #Rossa #Malaysia #Artis #Jakarta #Kuala Lumpur #Kolaborasi #Terbang