,
Hiburan

15 Tahun Cerai… Yoyo Padi Akui Masih Sayang, Rossa Menangis Ucap Terima Kasih

Maliah Surip
12/10/2024
13:55 MYT
Usia perceraian penyanyi Rossa dan suaminya, pemain drum kumpulan Padi Reborn, Yoyo, sudah mencapai 15 tahun.
Sepanjang 15 tahun berpisah, keduanya tetap menjalin hubungan baik demi anak lelaki mereka, Rizky Langit Ramadhan.
Malah sepanjang tempoh 15 tahun ini, baik Rossa mahupun Yoyo belum juga kembali mendirikan rumah tangga. Kedua-duanya meski sempat digosipkan menjalin hubungan cinta namun tidak sehingga berkahwin.
Menerusi satu tayangan dari YouTube Sinemaku Pictures, Rossa dan Yoyo dilihat menjawab beberapa soalan yang ditentukan daripada kad yang mereka pilih.
Yoyo telah memilih soalan berbunyi: “Akui sebuah kenyataan yang selama ini masih kamu sangkal.”
Dilihat sempat mengambil nafas dalam, Yoyo atau nama sebenarnya, Surendro Prasetyo kemudian memberi jawapan mengejutkan tetapi jujur.
"Mungkin rasa sayang aku sama kamu," kata Yoyo sambil menatap Rossa.
Rossa kemudian dilihat senyum dengan pengakuan yang diberikan lelaki yang pernah menjadi suami selama lima tahun itu.
Malah pada sesi sama, Rossa juga menangis sewaktu meminta maaf kepada Yoyo.
"Terima kasih dan aku minta maaf. Banyak hal, kata-kata yang terlontar atau pikiran buruk aku dulu sama Bapak," kata Rossa sambil menangis seperti dilaporkan Kompas.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiket Pra-Jualan Konsert Rossa Di Axiata Arena Tahun Depan Sold Out Dalam 3 Jam!

gempak
13/11/2024
07:16 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Sri Rossa mencipta sejarah sekali lagi apabila tiket pra-jualan Konsert Here I Am yang dibuka pada 11 November 2024, jam 3 petang secara eksklusif di platform Ticket2U telah habis dijual dalam masa 3 jam sahaja.
Hiburan

Dedah Bekas Suami Yang Minta Cerai, Yulhee Risau Efek Emosi Anak – “Perceraian Adalah Pilihan Paling Akhir Apabila Sudah Tiada Jalan Lain”

gempak
23/10/2024
16:00 MYT
Bekas anggota Kumpulan K-Pop LABOUM iaitu Yulhee mendedahkan bekas suaminya, Minhwan merupakan orang yang pertama meminta cerai.
Hiburan

Teruja Tonton Filem Biografi Rossa, Siti Nurhaliza Beri Bayangan Bakal Buat ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri - “Mungkin Dapat Inspirasi, Bahan Semua Dah Kumpul..”

gempak
17/10/2024
21:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Hiburan

Rossa Terharu Terima Sambutan Luar Biasa Di Tayangan Perdana Filem All Access To Rossa 25 Shining Years

gempak
17/10/2024
11:49 MYT
Diva pop Indonesia, Datuk Sri Rossa meluahkan rasa terharu dengan sokongan yang diterima sewaktu malam gala tayangan perdana filem dokumentari berjudul ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Unitar