Sekejap panas, sekejap sejuk. Mungkin perumpamaan itu jelas sekali boleh digunapakai untuk menggambarkan keadaan rumah tangga pengacara Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera.

Menerusi dua hantaran yang dikongsikan oleh Rossa, wanita itu memberi bayangan bahawa hubungan dia dan Shuk dalam keadaan baik.

Rossa juga menegaskan bahawa dia dan Shuk tidak pernah bergaduh, seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen menerusi media sosial.



“Tak baik fitnah Sera dengan Shuk gaduh. Kami tetap kawan macam biasa. Walaupun tak dapat raya bersama, Sera tetap bagi sedondon bajunya dengan budak-budak.

“Doa yang baik-baik ya, take care Shukri,” tulisnya.

Menerusi dua tangkap layar yang dimuat naik di Instagram Story, kelihatan perbualan Shuk dan Rossa di aplikasi Whatsapp.

Shuk bertanya mengenai warna baju raya anak-anak sambil memberitahu mahu sedondon dengan mereka.

Terdahulu, menerusi Instagram Shuk, ramai yang bertanya dengan siapakah dia beraya pada tahun ini, memandangkan dia hanya memuat naik gambar seorang diri pada hari raya.

Pergolakan rumah tangga Shuk sudah berlaku beberapa kali sehingga kali terakhir isterinya sendiri mendedahkan kecurangan pengacara dan penyampai radio itu dengan wanita yang sama.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun