Rosyam Nor Heret Individu Sebar Fitnah Kaitkan Namanya Dalam Isu Cerai Fattah Amin & Fazura Ke Mahkamah - “Korang Tunggu…”
Khairil Khusyairi
10/10/2024 05:55 MYT
10/10/2024 05:55 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor, 56, bakal mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan nama dan imejnya untuk bersuara mengenai rumah tangga selebriti Fattah Amin dan Fazura.
Buat Fitnah Terhadap Rosyam
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Rosyam berkongsi kompilasi tangkap layar yang memaparkan fitnah yang dibuat menggunakan namanya dalam isu rumah tangga selebriti tersebut.
Antara fitnah yang dibuat adalah kenyataan ‘Fattah patut tahu dari awal, dgn siapa dia nikah..” Aku dah tegur dulu” - Rosyam Nor’.
Antara fitnah yang dibuat adalah kenyataan ‘Fattah patut tahu dari awal, dgn siapa dia nikah..” Aku dah tegur dulu” - Rosyam Nor’.
Dedah Akaun Penyebar Fitnah
Lebih tegas, Rosyam turut mendedahkan akaun sosial media individu penyebar fitnah tersebut.
Tidak berdiam diri, pelakon filem KL Gangster itu tampil bersuara dengan menyatakan dia akan mengheret pemfitnah ke mahkamah.
Tidak berdiam diri, pelakon filem KL Gangster itu tampil bersuara dengan menyatakan dia akan mengheret pemfitnah ke mahkamah.
“Korang tunggu aku seret korang pergi mahkamah. Buat fitnah aibkan orang,” tulis Rosyam tegas.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Fattah Amin dan Fazura menjadi sorotan ramai sehingga kini.
Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.