Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Roti Canai Dinobatkan Hidangan Kedua Terbaik Dunia, Ditewaskan Oleh Stik Picanha Dari Brazil

Firdaus
19/12/2023 03:03 MYT
Roti Canai sememangnya antara makanan yang digemari rakyat Malaysia, sama ada untuk sarapan mahupun sekadar mengisi perut.

Dalam satu senarai yang dibuat oleh Taste Atlas, Roti Canai secara rasminya dianugerahkan sebagai hidangan kedua terbaik dunia selepas Picanha, iaitu stik dari Brazil.

PILIHAN PEMBACA: Nama Disalah Sebut, Warganet Terkejut Roti Benggali Rupa-Rupanya Asal Malaysia - “Seriuslah! Baru Tau Ni”

Makanan di tangga ketiga selepas Roti Canai, adalah daripada negara jiran, Thailand, iaitu Phat Kaphrao. Hidangan yang menggunakan kemangi sebagai bahan utama dan dimasak dengan pilihan daging mengikut citarasa tersendiri.

Menurut Taste Atlas, Roti Canai merupakan makanan yang diperkenalkan oleh pekerja buruh India kepada rakyat Malaysia.

Selain Roti Canai dinobatkan dalam kategori 100 Hidangan Terbaik Dunia, Malaysia pula berada di tangga ke-31 dalam kategori Top 100 Masakan Terbaik Dunia.

Sekadar info, negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia dan Singapura turut tersenarai dalam kategori Top 100 Masakan Terbaik Dunia.

Sumber: Taste Atlas

#Viral #Makanan #Roti Canai
;