Hiburan

Roti Canai Menu Nombor Satu Rakyat Malaysia Sepanjang PKP

gempak
Azwa Rahman
22/04/2020
12:02 MYT
Sponsor Banner
Roti Canai Menu Nombor Satu Rakyat Malaysia Sepanjang PKP
Hidangan roti canai menjadi menu nombor satu rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengalahkan nasi lemak.
Makanan yang sering menjadi pilihan di restoran mamak itu kini berada di tangga pertama dalam aplikasi perkhidmatan dan penghantaran makanan, Grab Food dan Food Panda.
Memetik laporan The Star, Pengarah Urusan Food Panda Malaysia, Sayantan Das berkata roti canai dan roti telur merupakan menu paling popular untuk sarapan pagi dan snek.
Terdahulu sebelum PKP dilaksanakan, roti canai tidak tersenarai langsung dalam menu yang sering dipesan.
Selain roti canai, nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi ayam penyet dan sate ayam juga tersenarai di antara menu popular rakyat Malaysia.
Menurut Ketua Grab Malaysia Sean Goh, banyak makanan yang popular dipesan terdiri daripada penyedia makanan yang baru.
Ayam goreng, pizza, kopi dan bubble tea menjadi pilihan popular masyarakat Malaysia menerusi aplikasi Grab Food.
Selain itu, air berkarbonat seperti 100plus dan Cola-Cola serta bertih jagung berperisa karamel menjadi antara snek popular sepanjang PKP.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024