Kediaman bintang Squid Game, Lee Byung Hun dan isteri, Le Min Jung yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat dilaporkan telah dirompak minggu lalu.

BERITA TRENDING: Lee Byung Hun, Lee Jung Jae Kembali Untuk Squid Game 2

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensi aktor tersebut, BH Entertainment, perompak memecahkan pintu gelangsar rumah Byung Hun sebelum memasuki kediaman tersebut.

Pasangan selebriti tersebut bagaimanapun tiada di rumah sewaktu insiden berlaku, lapor Soompi.

“Hasil siasatan mendapati hanya seorang pelaku atau perompak yang memecah masuk ke kediaman mereka. Bagaimanapun tidak ada sebarang kerugian berlaku,” ujar kenyataan tersebut.

BERITA TRENDING: Cuaknya! Terperangkap Dalam Flight Ada Virus Membunuh... Ini 5 Fakta Tentang Filem Emergency Declaration

Namun sehingga kini pihak berkuasa belum dapat menahan perompak.

Insiden rompakan tersebut pertama kali dilaporkan TMZ pada 28 Januari lalu.