Skip to main content

Budaya Popular

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Uqasha Senrose Enggan Komen Isu Sama Berulang Kali - “Semua Orang Ada Pasang Surut Sendiri”

whatsapp-image-2025-01-09-at-1-38-00-pm-(1).jpeg

Pelakon Uqasha Senrose enggan memberi komen mengenai spekulasi rumah tangga bersama suaminya iaitu aktor Kamal Adli yang dikatakan kian retak.

Perkara itu menjadi bualan ramai apabila pasangan popular itu dikatakan sudah mula kurang berkongsi kehidupan mereka seperti sebelum ini.
 
Kata Uqasha, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu rumah tangganya kerana beranggapan orang tidak akan berhenti membuat andaian mengenai hal itu.
 
"Orang ramai tidak akan berhenti bercerita mengenai perkara ini. Bagi saya untuk apa tanya soalan yang sama.
 

 
Menurut Uqasha lagi, setiap rumah tangga pastinya mempunyai pasang surut sendiri.
 
Bagaimanapun, ia terpulang kepada pasangan berkenaan sama-ada bertahan mengekalkan mahligai yang dibina atau tidak.
 
"Semua ada pasang surut, takkan kita nak kongsi semua hal-hal kain dalam kita di instagram.

 
"Bagi saya dalam berkahwin ini memang akan ada fasa turun naik dan bukan semua boleh saya kongsikan," ringkasnya.

 
Untuk rekod pasangan ini telah bernikah pada  5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata Hawra Uqaira.
 

Must-Watch Video

Advertisement