“Sekarang saya faham kenapa ibu kita selalu marah bila kita buat perangai dulu sebab mereka jaga kita bagai menatang minyak yang penuh.
Dalam pada itu, Uqasha yang kini kembali aktif dalam karier seni memaklumkan fasa menjaga anak adalah fasa yang paling bahagia bagi seseorang yang bergelar ibu.
“Perasaan gembira, penat kerja tetap jaga dia. Suatu pengalaman yang saya rasa tak dapat beli dimana-mana.
“Tapi sekarang saya dah mula bekerja, jadi saya ada pembantu untuk uruskan,” kongsinya.
Isteri kepada aktor Kamal Adli itu juga sempat berkongsi momen dan telatah comel anaknya itu yang sudah mula membesar.
“Best momen adalah saya beranak dan mempunyai seorang anak.
“Anak saya dah besar sampai dia juga boleh pegang pipi saya, itu perkara best tahun ini.
“Bila nak pergi kerja dia tak mahu lepaskan, sedih tapi okey saja,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 7 Disember 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.