Penyanyi dangdut Mas Idayu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah portal yang melaporkan rumah tangga yang baru dibina bulan lalu sudah mula goyah.
Menerusi hantaran video di Instagram, Mas Idayu atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Mummy berkata, dia berasa terkejut apabila membaca berita yang disampaikan oleh peminatnya itu.
“Mummy rasa tak perlu kut menumpang populariti semata-mata nak naikkan page korang. Apa yang Mummy marah bila keluarnya tajuk ‘Baru Bahagia, Takkan Dah Duka’. Mummy baru mendirikan rumah tangga, hari ini (semalam) genap sebulan. Mummy tengah fikir apa korang nak sebenarnya?
“Mummy dah tunjuk kebahagian, percintaan dan juga hari perkahwinan Mummy. Tup-tup benda yang tak dikongsi korang boleh tahu. Korang duduk dalam kain Mummy ke? Malam-malam korang ada saka ke datang rumah Mummy, tengok Mummy gaduh ke apa? Mummy ok kot,” katanya.
Viral
Rumah Tangga Didakwa Mula Goyah, Mas Idayu Beri Penjelasan: “Korang Duduk Dalam Kain Mummy Ke?”