,
Laman Utama

Mas Idayu Dedah Kenapa Air Matanya Berjurai Jatuh Sebelum Akad Nikah - “Saya Pernah Tak Percaya Mana-Mana Lelaki…”

Izwan Isa
16/09/2022
09:50 MYT
Penyanyi dangdut Mas Idayu mendedahkan sebab mengapa air matanya jatuh berjuraian sebelum suaminya, Muhamad Sufian Isa melafazkan akad pada majlis pernikahannya pagi tadi.
Penghibur itu berkata, dia berasa sebak memandangkan yang dia kini sudah mempunyai teman untuk mengadu dan berbicara mengenai kehidupan selepas lama melalui fasa solo sebagai ibu tunggal.
“Selama 17 tahun saya hidup sendiri dan pernah tak percaya dengan mana-mana lelaki. Kemudian, dua tahun lepas, setiap malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk hadirkan teman dalam hidup saya kerana saya mula berasa sunyi.
“Saya nak kawan, saya nak teman hidup. Alhamdulillah Allah kabulkan. Tetapi ketika itu ramai yang cuba nasib sehingga saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu. Kemudian datang yang saya suka pula (suami). Dan terus saya katakan pada diri saya, mungkin ini pilihan saya.
“Mungkin sebab itu saya berasa sebak. Sebab sudah lama hidup sendiri dan akhirnya ada tempat boleh mengadu, luahkan tentang apa sahaja. Saya dan ada kawan untuk bercerita,” katanya kepada Gempak.
Bercerita mengenai keperibadian suami yang menyebabkan dia jatuh hati, Mas Idayu berkata, belahan jiwanya itu merupakan seorang yang sangat lucu.
“Walaupun wajahnya kelihatan serius, tapi dia sebenarnya kelakar. Ketika borak berdua, kadang-kadang kami tergelak sebab apa yang dibualkan menjadi lucu. Mungkin juga sebab dia pernah mengendalikan program komedi untuk tempoh masa yang lama. Jadi memang tak sangka,” katanya lagi.
Majlis pernikahan Mas Idayu dan Sufian diadakan di Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur dan pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kg Baru, Ustaz Haji Azizi Abd Hamid sambil berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.
Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.
Sebelum ini, Mas Idayu sudah 'diikat' Sufian dalam majlis menghantar tanda, di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor, pada Mei lalu.
Mas Idayu yang mesra dengan panggilan 'mommy' pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Unitar