HIBURAN

Rumah Tangga Tengah Bergolak, Video Artis Lelaki Didakwa Sedang Berhibur Di Kelab Malam Tersebar?

Gempak 22/08/2025 | 11:55 MYT

Kecoh mengenai dua video memaparkan seorang artis lelaki sedang asyik menari di sebuah kelab malam serta berhibur dengan rakan-rakan termasuk wanita.

Menerusi laporan Harian Metro yang menerima video tersebut, artis tersebut didakwa berhibur dalam keadaan rumah tangganya sedang bergolak dan menjadi perhatian masyarakat.

Sumber yang mengirim video ini kepada wartawan berkata, perlakuan artis itu langsung tidak membayangkan dia sedang berdepan masalah besar dan sedang lari dari realiti hidupnya sekarang.

"Memang sedih tengok keadaan dia yang seakan-akan tak sedar diri. Sampai bila dia nak berubah sedangkan usianya bukan remaja lagi.

"Jadi, tak salahlah kalau isterinya tuntut cerai dengan sikapnya yang tiada rasa tanggungjawab ini. Siapa yang boleh bertahan dengan kehidupan begini?

"Bila lihat dengan mata kepala saya sendiri, saya dah faham situasi sebenar rumah tangga mereka. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik untuk rumah tangga mereka," katanya yang enggan dikenali.

Sumber: Harian Metro

#pelakon #cerai #Selebriti