Selepas video muzik Blank Marquee, Forevermore dan (Not) The Love Of My Life meniti di bibir para peminat, penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna sekali lagi muncul dengan video muzik terbaharunya berjudul 'Castaway'.

Castaway, merupakan lagu kolaborasi Yuna bersama dengan penyanyi Rap Amerika Syarikat, Tyler, The Creator yang diselitkan dalam album terbaharu penyanyi itu, Rouge, lapor Astro Awani.

Jika Blank Marquee dan Forevermore menampilkan Yuna menari mengikut rentak lagunya sendiri, kali ini Castaway dilihat tampil berbeza.

Okay this is gonna be a looooong caption lol! Castaway MV is finally out! Thank you to the one and only @feliciathegoat for jumping on this track - I still can’t believe it coz I always imagine what our song together would sound like and then boom - here we are!!!!❤️ And thanks to the incredible people who worked so hard on this project @ryanhuffmann & team, @veraeric, everyone at @indiepop, everyone at @verveforecast, @corkydutch, @chanelofficial for this last minute pull, Tyler’s team, and last but not least- my husband @adamyousofunny. This is the 5th music video we’ve shot in the last year and I can’t believe how hard we’ve been working we really do need a holiday my love but it’s a blessing I get to do this with you❤️ And thank you all for loving the music and the video, honestly you’re the ones who saw the best in me so thanks for letting me do I love ❤️ photo by : @alex.aronson.jpeg, @katifoto

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on


Video muzik arahan Adam Sinclair itu berlatarbelakangkan rumah usang.

Ia memaparkan Yuna yang berpakaian baju panas berwarna-warni dalam gaya 'moody' tampil dengan lagak 'kesunyian' di dalam kediaman tersebut.

Dilancarkan di laman YouTube pada malam Rabu, video muzik tersebut sudah mendapat lebih 100,000 tontonan hanya dalam masa 16 jam ia dimuat naik.

Seperti biasa, jika dilihat di rungan komen, ramai peminat Yuna meluahkan rasa bangga dan kagum dengan kreativiti penulisan lagu yang ditonjolkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu.

Malah, ada yang memuji kolaborasi Yuna dan Tyler dan meminta lebih banyak lagi kolaborasi seperti itu di masa akan datang.


Terdahulu, Yuna pernah mendedahkan kisah di sebalik lagu hasil kolaborasi dia dengan artis berkenaan.

Menariknya, lagu Castaway mula terhasil selepas Yuna terserempak dengan Tyler yang sedang menikmati ais krim di tepi jalan.

“Ketika saya ingin membeli secawan kopi, saya terserempak dengan Tyler yang sedang menikmati ais krim di tepi jalan.

“Saya kemudiannya menegur Tyler dan dari situlah kami mendapat persetujuan untuk berkolaborasi bersama menerusi sebuah lagu di dalam album saya,” kata Yuna.

Tambah Yuna, Castaway mengisahkan tentang kisah disebalik kejayaannya sebagai seorang artis di Amerika Syarikat.

Castaway merupakan salah satu daripada 11 lagu dalam album terbaharunya, Rouge yang dilancarkan 12 Julai lalu.

Sumber: Astro Awani