Sejak kebelakangan ini, isu berkenaan pemilihan pelakon bersandarkan wajah semata-mata menjadi perbincangan dalam kalangan netizen.
Tidak kelompok peminat, karyawan serta penggiat seni untuk turut sama menumpahkan pendapat mengenai polemik yang dianggap semakin membarah dalam industri lakonan tanah air.
Begitupun, bagi pengarah Datuk Yusry Abdul Halim, pemilihan pelakon perlulah mengikut jalan cerita, di samping seimbang bakat dan rupanya.
“Saya rasa, semua pelakon utama perlu ada pakej yang lengkap. Saya tak kata tak ada ruang untuk pelakon yang tiada rupa untuk menaikkan nama. Kalau cerita itu memerlukan watak yang pelakonnya biasa sahaja, kita tak boleh menipu. Kita perlu true to the story.
“Macam saya buat She Was Pretty versi adaptasi Malaysia di Viu, hero perlulah orang macam Aiman Hakim. Tak bolehlah kita letak pelakon yang tiada rupa. Tapi dalam masa sama, saya tak setuju yang pengambilan pelakon disebabkan rupa semata-mata. Rupa penting, bakat pun penting,” katanya kepada Gempak.
Yusry berkata demikian ketika ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Yusry yang turut mengarahkan drama Nenek Bongkok Tiga itu, bukan produksi di Malaysia sahaja yang mengamalkan cara sebegini. Malah, ia merupakan satu hal yang normal jika dilihat pada produksi-produksi di luar negara.
“Apa yang boleh kita lihat, bukan Malaysia sahaja yang macam ni (pemilihan pelakon utama yang berupa), malah produksi luar negara pun sama.
“Ambil contoh lagi drama bersiri Korea, W. Hero yang bawa watak tu kira sesuai dengan jalan cerita. Tak bolehlah hero dia kita ambil hero siri Squid Games. Tapi, bila bercakap tentang Squid Games, kita boleh letak pelakon sebegitu sebagai pelakon utama,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Tue Nov 29 2022


Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Untung Fatin

Kelar Leher, Balut Dalam Plastik Hitam & Tanam Sebab Takut Hubungan Sulit Terbongkar
Bimbang selepas hubungan sulit terbongkar, seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya

Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...

“Syamsul Adalah Aset, Saya Harap Dia Kembali Ke Skop Productions” - Yusof Haslam
Doakan terbaik