Baru-baru ini telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Asia antara Malaysia dan Korea Selatan di mana kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 3-3 dalam pertembungan terakhir kumpulan E.

Bagaimanapun, penjaga gawang Harimau Malaya, Syihan Hazmi berjaya mencuri perhatian netizen Korea Selatan kerana rupa parasnya yang dikatakan 'comel' oleh majoriti pengguna di Platform X.

BERITA TRENDING: Selepas Sami Buddha, Netizen Usik Wajah DSV Mirip Penyokong Korea Selatan Pula! Ini Respons…

Antara komen yang diterima:

"Saya nampak hantaran cakap penjaga gol Malaysia comel. Selepas tamat permainan, ibu saya pun cakap perkara yang sama. Saya setuju,"

"Penjaga gol Malaysia memang bagus bermain, tapi dia comel,"

"Seri tapi rasa macam kalah. Penjaga gol Malaysia comel."

Dalam pada itu, ada juga warganet Korea Selatan memuji prestasi Syihan yang disifatkan sangat baik di atas padang.

"Penjaga gol Malaysia memang gila, sangat-sangat bagus bermain,"

"Penjaga gol Malaysia dah buat yang terbaik,"

"Wow penjaga gol Malaysia memang gila!"

Sekadar info, perlawanan antara pasukan Malaysia berjaya melonjak sebanyak empat anak tangga dalam ranking FIFA selepas perlawanan akhir menentang Korea Selatan pada Khamis.

Sumber: TikTok