Taikun kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) tampil mengulas ekoran dakwaan foto tukar yang menyamakan wajahnya dengan penyokong pasukan Korea Selatan semasa perlawanan bola sepak Piala Asia di Qatar baru-baru ini.

Imej yang sempat dirakamkan netizen daripada video semasa perlawanan Harimau Malaya menentang Korea Selatan itu memaparkan seorang wanita punyai fizikal hampir sama dengan DSV sedang bersorak dari kerusi penonton.


"Pada awalnya saya tidak tahu menahu, apa yang Korea nya ini semua kerja Cik B, rupanya orang tu sama dengan muka saya.

“Dah ramai muka yang macam saya, haritu ada yang samakan dengan orang Turkey, Sukan Olimpik, Sami Budhha dan Korea itu semua kerja Cik B.

“Hebat betul saya dah jumpa 4 orang muka sama maknanya saya kena cari lagi 3 orang muka yang sama bagi cukup 7 orang,” katanya berseloroh kepada Gempak selepas Konsert Milenia di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Berita Trending: “Nanti Saya Akan Kongsi” - Datuk Seri Vida Beri Bayangan Bakal Dedahkan…

Terdahulu, anak perempuan DSV, Cik B sempat merakamkan video memaparkan reaksi spontan usahawan kelahiran Kelantan itu berkenaan foto penyokong Korea Selaran miripnya yang tular itu.

Vida pada mulanya terpinga-pinga akhirnya ketawa berdekah-dekah ketika melihat foto berkenaan.
@cikb_havoc Dah jumpa 2 lagi 5 #shouldbeme #fyp #funny #cikb #tiktokmalaysia #datoserivida #twin ♬ original sound - cikb_havoc66
Terdahulu, beberapa imej yang tular di media sosial iaitu sami Buddha dan atlet Olimpik pernah disamakan netizen dengan wajah DSV.