,
Hiburan

Rupanya Arwah Zami Ismail Merupakan…- Ini Fun Fact Bikin Filem Yang Anda Perlu Tahu!

Syafiqah Jalal
08/11/2020
08:27 MYT
Filem komedi terbaharu dari Astro Shaw, Bikin Filem telah mendapat sambutan hangat sejak ia mula disiarkan bermula 5 November lalu.
Ditayangkan secara eksklusif di Astro First, Bikin Filem mendedahkan realiti dalam pembikinan filem dan dalam masa yang sama menyuntik elemen komedi yang berbeza.
Diarahkan oleh pengarah Latiff Azmi atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler, filem ini menariknya telah dibintangi ramai pelakon hebat dan popular.
Antara pelakon yang terlibat adalah Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.
Banyak lagi yang fakta menarik yang ada perlu tahu mengenai filem komedi ini. Gempak senaraikan 6 di antaranya:
  1. Idea asal filem ini telah disimpan oleh pengarah lebih kurang 10 tahun dan sudah menjalani penggambaran pada tiga tahun lalu
  2. Selain dibintangi pelakon-pelakon hebat secara kebetulan ia terdiri daripada tiga pelakon yang mempunyai nama Sharifah iaitu Scha Alyahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azena, Sharifah Sakinah serta Sherry Alhadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad
  3. Pengarahnya Mohd Yeop Hitler merupakan anak kepada pelakon veteran iaitu Allahyarham Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda.
  4. Filem ini menjalani penggambaran pada bulan Ramadan. Namun pengarah akui mendapat kerjasama yang amat baik dari semua kru produksi dan juga barisan pelakon.
  5. Sebuah kereta pusaka salah seorang kru produksi dikorbankan untuk babak aksi kemalangan di dalam filem ini
  6. Menariknya, kebanyakkan dialog yang diguna pakai dalam filem ini digunakan dalam set penggambaran harian yang sebenar.
Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk Dendam Berbalas kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.
Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.
Saksikan filem Bikin Filem yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First mulai 5 November 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.