“Rupanya Dah 5cm, Terkejut Juga Sebab…”- Memey Suhaiza Dijangka Bersalin Hari Ini

Syafiqah Jalal
Julai 12, 2018 04:32 MYT
Pelakon Memey Suhaiza mengesahkan dia kini sudah pun berada di bilik bersalin untuk melahirkan cahaya mata ketiganya pada bila-bila masa sahaja.
Memey Suhaiza berkongsi berita tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya sebentar tadi.
Menurut Memey dia sudah mula rasa perubahan pada dirinya namun tidak sangka apabila doktor menjangkakan dia bakal bersalin pada hari ini.
“Hari ini kan saya banyak open house nak pergi..
“Excited juga sebab suka makan.
“Tapi pagi tadi dah rasa lain mcm.
“So ni gambar sebelum pergi hospital.. haha sempat lagi.
“Ok confirm nak bersalin hari ni..
“Sampai hospital ,Dr Zarina Bibi check rupanya dah 5cm.
“Terkejut juga sebab tak rasa apa-apa sangat lagi..sikit- sikit jer..
“Now dah tggu kt labour room,” tulisnya.
Sementara itu, Memey turut mengambil kesempatan untuk meminta maaf serta meminta didoakan agar dipermudahkan segala urusan.
“Saya mintak maaf ye kalau saya ada salah silap samada sedar atau tidak.
Doakan saya dan baby selamat. terima kasih pada semua yang doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga.. Semoga Allah membalasnya..,” tulisnya lagi.
Memey dan Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
Foto: IG Memey Suhaiza
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Bersalin #Pelakon #Memey Suhaiza #Bilik Bersalin