Laman Utama
Ryan Bakery Dah Off Market! Selamat Bernikah Dengan Elyia Ibrahim - "Smart Arrr, Wife Pun Cantik Sangat"
Dengan sekali lafaz, pempengaruh yang sinonim dengan panggilan Budak Bedak, Ryan Bakery telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan, Elyia Ibrahim pada Sabtu.
Majlis pernikahan pasangan itu dikongsikan menerusi beberapa pengguna media sosial termasuk adiknya sendiri, Adam Bakery.
Malah, sepotong video ketika majlis akad nikah pasangan itu turut dimuat naik di akaun @stixoproduction.
Ryan segak mengenakan sepersalinan baju Melayu putih lengkap bersongkok dan bersampin dipadankan dengan Elyia yang manis berbusana baju kurung moden.
Perkongsian itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet yang turut memuji kerendahan diri pasangan itu tidak bermegah-megah dengan majlis pernikahan mereka.
"Tahniah Ryan Bakery! Selamat pengantin baru. Moga kekal sampai hari tua dan selamanya. Smart arr, macam mana dia buat?
"Cantik sangat wifenya, tahniah dan selamat pengantin baru.
"Smart dan cantik pasangan, moga kekal sampai ke syurga," tulis beberapa pengguna media sosial di akaun Adam.
Terdahulu tular di media sosial apabila seorang wanita tampil mendakwa Ryan merupakan bekas kekasihnya.
BACA: Wanita Dakwa Bekas Kekasih Ryan Bakery, Siap Simpan Gambar Passport Lagi... Apa Komen Empunya Diri?
Untuk rekod, Ryan dan Elyia telah bertunang pada 22 Mei 2022.
Foto: Adam Bakery, @stixoproduction
Must-Watch Video