,
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

Amri Hassan
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.
Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata, anaknya sudah mengalami demam panas sejak Selasa lalu.
"Selasa lalu saya dah perasan dia kurang aktif kerana demam, batuk dan selsema. Jadi saya terus membawanya ke hospital.
"Namun doktor beritahu sekiranya demam masih tidak baik, anak saya perlu dibawa ke hospital semula untuk menerima rawatan lanjut.
"Mulanya demamnya sudah mula baik namun tiba-tiba makin teruk termasuk batuk dan kahak.
"Sebagai bapa sudah tentu saya risaukan keadaannya kerana ini kali pertama kami melihatnya dalam keadaan yang lemah. Saya dan isteri yang melihat pun turut mengalirkan air mata," katanya.

BERITA TRENDING: “Itu Loghat Perak, Saya Kata Minum Aje Ler” - Ryan Bakery Nafi Panggil Anak Gila, Ramai Salah Faham Sebab Sebutan Laju

BERITA TRENDING: Ryan Bakery Dah Jadi Bapa, Pilih Nama Ryan Ezra - “Alhamdulillah, Yang Ditunggu Oleh Saya Dan Isteri”

BERITA TRENDING: “Hanya Lakonkan Ragam Masyarakat” - Video Jaga Kaunter Hospital Undang Kemarahan, Ini Respon Ryan Bakery

BERITA TRENDING: Pertama Kali Sambut Raya Sebagai Suami, Ryan Bakery: “Merasalah Sangkut Jammed 11 Jam”

Menurut Ryan, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan anak lelakinya itu.
"Doakan semoga anak saya diberi kesembuhan. Disebabkan darahnya dijangkiti kuman jadi doktor akan beri antibiotik.
"Apa yang berlaku ini akan membuatkan saya lebih berhati-hati, lebih-lebih lagi ketika orang luar mahu menciumnya. Tapi apapun saya anggap ini ujian untuk saya sekeluarga, benda nak berlaku," katanya.
Terdahulu, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan anak lelaki pada 30 Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar