Hiburan
Ryan Lancar Baca Al Fatihah Ketika Solat, Peminat Puji Ning Baizura Didik Anak
Pengikut laman sosial Instagram (IG) penyanyi Ning Baizura, memuji cara penyanyi bersuara suprano itu mendidik anaknya Ryan Sky Dalton, 3, yang lancar membaca surah Al-Fatihah.
Komen positif mula memenuhi ruangan komen entri sebuah video yang dimuat naik Ning di Instagram.
Pada video tersebut, Ryan Sky Dalton yang kelihatan seperti sedang bersolat, membaca surah Al-Fatihah dengan lancar dan lantang.
Menerusi kapsyen video tersebut, Ning memberitahu Ryan sedang dalam proses pembelajaran dan mengakui mereka tidak sempurna tetapi sebagai ibu bapa mereka bangga dengan pencapaian anaknya itu.
Berikut merupakan video dan kapsyen daripada entri berkenaan:
Ruang komen entri tersebut kemudian dihujani ucapan tahniah dan rata-rata memuji cara Ning mendidik anaknya yang masih kecil.
Tidak kurang juga ada peminat yang memberitahu gemar mendengar suara dan bacaan Ryan yang dikatakan comel dengan sedikit pelat mat saleh itu.
Ning dan suaminya, Omar Shariff Christopher Layton Dayton telah bernikah pada 31 Januari 2008 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video