Aktor Ryan Reynolds mendedahkan dirinya kerap disalah anggap sebagai seorang lagi pesohor Hollywood, Ben Affleck oleh kebanyakan orang.

Reynolds mengaku ramai yang tidak dapat membezakan sekaligus menyangka dirinya sebagai Affleck.

Namun, kata bintang Deadpool itu, dia selalunya tidak memperbetulkan keadaan walaupun terlalu kerap disangka sebagai orang lain.

Menerusi laporan CNN, Reynolds mendedahkan ada sebuah kedai piza dengan orang orang masih percaya sehingga kini dia adalah Affleck.

“Ada satu kedai piza di New York yang selalu saya kunjungi.

“Sehingga kini mereka masih ingat saya adalah Affleck. Mereka selalu bertanya kepada saya, ‘bagaimana dengan J.Lo?’ Dan saya jawan ‘semuanya baik’.

"Saya ambil piza dan berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku.

“Jadi mereka percaya saya Ben Affleck dan saya tidak pernah membetulkan fakta itu,” katanya sewaktu muncul menjadi tetamu dalam podcast Dear Hank and John.

Tambah bintang kelahiran Kanada ini, selain Affleck, ada juga peminat yang menyangka dirinya adalah teman seperjuangannya, Ryan Gosling.

Namun kata Reynolds, dia selalu memperbetulkan kesilapan tersebut dengan

Mengatakan adalah terlalu mudah untuk membezakan dirinya dengan Gosling.

“Saya selalu katakan mudah untuk membezakan kami. Rambut Gosling berwarna blonde, manakala saya tidak,” katanya.

Kredit Foto: Getty Images