Skip to main content

Budaya Popular

Ryzal Syukur Maryam Selamat Bersalin Anak Kedua, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Baby - “3.67 Kg, Lahirnya Putera Kami…”

astro_gempak_ryzal-syukur-maryam-selamat-bersalin-anak-kedua-kongsi-tarikh-lahir-sama-dengan-baby.jpg

Personaliti media sosial, Maryam Younarae selamat melahirkan cahaya mata kedua.


Tarikh lahir sama dengan baby

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya yang juga merupakan pempengaruh, Ryzal Ibrahim menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Advertisement

Menurut Ryzal, anak keduanya selamat dilahirkan pada Rabu jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta. 

Lebih manis lagi, bayi comel seberat seberat 3.67 kilogram itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.

“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” maklumnya.

 

Ryzal luah rasa syukur


Dalam perkongsian sama, Ryzal turut meluahkan rasa syukur dan berharap mereka suami isteri dapat menjaga amanah yang diberikan itu dengan baik.

“Syukur dengan anugerah dan rezeki ALLAH kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami,” coretnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

 

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Pertikai Beri Anak Makanan Korea, Ryzal Ibrahim Tak Berdiam Diri - “Nak Mencarut Tak Baik, Tapi Saya Bagi…”

 

ARTIKEL BERKAITAN:Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

 

ARTIKEL BERKAITAN:Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”

 

ARTIKEL BERKAITAN:Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Ramai Ingat Tudung Ni Satu Paksaan…” - Dah Enam Bulan Berhijab, Maryam Kongsi Kisah Berhijrah


Untuk info, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 di Korea Selatan.

Hasil perkahwinan itu, pasangan yang terkenal dengan gelaran Durian Kimchi ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina, 4.

Must-Watch Video