,
Artis Korea

Ryzal Ibrahim Mahu Anak Fasih Bahasa Ibunda - “Saya Utamakan Melayu Dulu Baru Korea”

Mya Amri
08/12/2023
09:55 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim lebih selesa sekiranya anak perempuannya, Rina lebih mengusai bahasa Melayu berbanding bahasa lain.
Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 31, berkata walaupun Rina dididik untuk bertutur pelbagai bahasa namun dia akui lebih mengagungkan bahasa ibunda sebagai keutamaan.
“Masa saya kecil dulu ayah saya banyak guna Bahasa Melayu, bila saya besar dia guna Bahasa Inggeris.
“Tapi saya masih ajar anak saya Bahasa Melayu. Saya tak tekankan Bahasa Inggeris dahulu, sebab saya tahu boleh belajar bila bila masa.
“Saya tekankan Bahasa Melayu dan Maryam pula akan tekankan Bahasa Korea pada Rina. Saya memang ada ajar Bahasa Inggeris tetapi saya tetap akan lebihkan Melayu.
“Sebab saya yakin, untuk anak seperti Rina ini walaupun saya masih belum tahu di mana saya akan hantar dia bersekolah kelak, tapi saya kena tahu yang bahasa utama dia adalah Melayu dan Korea.
“Dua itu dulu yang penting, kalau dia boleh cakap Inggeris dan juga Korea tapi Bahasa Melayu dia kurang, orang akan kata bapa kau Mat Salleh ke? Jadi saya tak mahu ada isu begitu,” jelasnya.
Ryzal berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media pelancaran busana Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC pada Khamis.
Bagaimanapun kata Ryzal, dia tidak menentang sekiranya ada pihak yang ingin mempelajari pelbagai bahasa kerana itu merupakan hak individu.
“Rina pun boleh faham loghat Kelantan. Saya tak larang untuk orang belajar banyak bahasa atau pun slang, tak kisah. Buatlah.
“Itu adalah hak individu, lagi bagus belajar banyak bahasa, senang nak guna. Tetapi janganlah lupa bahasa kita sendiri,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Ryzal juga menitipkan nasihat kepada ibu bapa di luar sana supaya jangan malu untuk mendidik anak-anak dengan bahasa ibunda sendiri.
“Kawan kawan pun saya tegur juga, ada kenalan yang bawa anaknya berjumpa saya tetapi tidak faham Bahasa Melayu.
“Saya beri teguran kepada mereka untuk melatih anak-anak, sebab ini maruah kita. Kalau anda hilang satu bahasa, anda nak mengaku bangsa apa?
“Tak ada bangsa dekat dunia lain yang nak mengaku anda bangsa mereka. Bahasa kita adalah bangsa kita, menunjukkan siapa diri kita.
“Anda Cina ke, India ke atau pun Sabahan sekalipun, kita semua orang Malaysia. Jadi kita harus sayang bahasa kita.
“Kalau orang Korea atau Perancis sekali pun dia akan bercakap bahasa dia walaupun orang cakap menggunakan Bahasa Inggeris,” ujarnya.
Sebelum ini, isterinya yang juga merupakan personaliti media sosial iaitu Maryam Younarae juga meluahkan hasrat untuk membesarkan anak mereka sebagai anak Melayu sejati meskipun dia sendiri berdarah Korea asli.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dr Zulkifli Al-Bakri Nasihat Pasangan Bercerai Elak Buka Aib - “Jangan Cederakan Emosi Anak”

gempak
09/10/2024
03:55 MYT
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan agar pasangan suami isteri mengelak daripada mengungkit keaiban atau kekurangan masing-masing terutamanya selepas berlaku perpisahan.
Hiburan

Comelnya! Kongsi Foto Lengkap Famili, Netizen Doakan Rumah Tangga Zahirah Macwilson & Aiman Hakim - “Couple Ni Harap Kekal Sampai Syurga”

gempak
08/10/2024
13:55 MYT
Pasangan selebriti popular Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mencuri tumpuan ramai di media sosial.
Hiburan

"Hak Penjagaan Kami Akan Rekodkan Di Mahkamah Tinggi Syariah" - Peguam Fazura

gempak
08/10/2024
09:25 MYT
Peguam mewakili aktres Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan bakal memfailkan kes baru berkaitan hak penjagaan anak antara pelakon itu dengan bekas suami, Fattah Amin di Mahkamah Tinggi Syariah.
Hiburan

Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

gempak
08/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Lana Nodin menasihatkan aktres Nur Fazura supaya tidak terus bercerita hal buruk mengenai bekas suaminya, aktor Fattah Amin.
Hiburan

Dedah Wajah Baby Boy, Bulu Mata Anak Fatin Afeefa Jadi Bualan Netizen - “Handsomenya Dia, Eyelashes Lentik Macam Mommy”

gempak
07/10/2024
16:00 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak lelaki mereka di sebuah majlis Aqiqah.
BorakSeeni