Selepas mengumumkan sudah bersalin pada 11 Julai lalu, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa bakal berkongsi nama putera keduanya.

Isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail ini memberitahu dia dan suaminya akan mengumumkan nama anak kedua mereka selepas tujuh hari dilahirkan.

“P/s: nama hari ke-7 kita umum Insya-Allah,” kongsi Neelofa menerusi laman Instastory miliknya pada Khamis.

Menerusi ruang komen di artikel terdahulu, rata-rata netizen tidak sabar untuk mengetahui nama dan wajah cahaya mata kedua Neelofa dan Haris.

Terdahulu, pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya Haris Ismail mengumumkan bahawa mereka telah menimang cahaya mata kedua pada pukul 10.45 malam, Selasa.

Pasangan itu juga berharap kehadiran putera kedua ini membawa keberkatan dalam keluarga dan memohon doa agar mereka mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan puter sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bilal Dah Dapat Adik! Neelofa Selamat Bersalin ‘Baby Boy’ - “Semoga Kami Mampu Menjadi Ibu Bapa Yang Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Disangkakan Sudah Melahirkan Cahaya Mata Kedua, Neelofa Tampil Beri Penjelasan - “Alhamdulillah Keadaan Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berpantang Anak Kedua 44 Hari, Neelofa Nak Pilih Khidmat Bidan Kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen DM Minta Dermakan Pakaian & Barangan Bilal… Ini Respons Neelofa; “Kenapa Pula Saya Nak Bagi Orang Sebab…”