Malang memang tidak berbau. Masih ingatkah pada gambar belakang tabir filem Telaga Suriram yang memperlihatkan pelakon Ellie Suriaty memegang sebilah sabit yang dimuat naik di Instagram Nabila Huda baru-baru ini?

Nampaknya sabit itu terpelanting dan terkena pada dahi serta hidung pelakon Shahidan Izwan yang turut sama membintangi filem tersebut. Hal itu dikongsikan sendiri oleh pelakon-pelakon berkenaan di Instagram mereka.

BACA: “Macam Betul-Betul Anak Beranak” - Netizen Tak Sabar Menantikan Gandingan Nabila Huda & Ellie Suriaty

A post shared by Ellie Suriaty Omar (@elliesuriaty_omar)


“Saya menyebabkan accident on set semalam, 1 Februari 2022 dalam shoot Telaga Suriram. Masa shoot, sabit di tangan Mak Tijah terpelanting dalam pergelutan dengan Jabet sehingga terkena dahi dan hidung Kasa.

“Saya minta maaf serta rasa bersalah ya amat pada Shahidan Izwan (yang menjayakan watak Kasa). Alhamdulillah... Syukran SWT. Baik sangat-sangat Shahidan lembut hati maafkan saya. Akak minta maaf forever ya Shahidan,” tulis Ellie di Instagramnya.

Dalam pada itu, Ellie yang membawakan watak Tijah berkata, dia reda dengan kejadian berkenaan walaupun mereka telah menjalankan raptai untuk babak tersebut.

“Kita dah rehearse babak tu, dah shoot banyak angle, tetiba terjadi kemalangan yang tak disangka-sangka. Mereka semua saksi kejadian. Terima kasih adik-adik semua kerana positive energy and positive vibes yang ada dalam jiwa kalian,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shahidan yang turut memuat naik video yang menyaksikan luka pada bahagian hidung dan dahinya tidak mengambil hati ke atas kejadian yang telah berlaku.

Ujar Shahidan, sudah menjadi lumrah dan adat untuk kemalangan berlaku di set penggambaran.

A post shared by αнмα∂ ѕнαнι∂αη ιzωαη ? (@shahidan_izwan)


“Accident di set Telaga Suriram, kenangan yang tak boleh dilupakan sabit rumput terbang ke muka. Tiada siapa yang salah. Ni lah adat semasa berlakon mesti ada perkara yang tak diingini berlaku.

“Doakan saya cepat sembuh dan tak sabar nak masuk set balik nak buat yang terbaik untuk filem Telaga Suriram,” katanya.

Untuk rekod, Telaga Suriram yang diarahkan oleh Osman Ali turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Scha Alyahya dan Maya Karin.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​