Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sabronzo Respons Spekulasi Hubungan Dengan Ahli Politik - “Apa Yang Boleh Saya Katakan...”

Gempak
08/09/2024 04:55 MYT
Anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo tampil menjelaskan spekulasi mendakwa punyai hubungan dengan ahli politik.

Menurut Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli, 29, dia menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan dirinya hanya sibuk dengan kerjaya nyanyian.

“Saya ada hubungan dengan ahli politik? Maaf saya tidak kenal siapa ahli politik itu.


“Itu bukan saya. Saya memang tidak ada hubungan dengan mana mana ahli politik. Saya hanya sibukkan diri saya dengan aktiviti Dolla sahaja," katanya ketika ditemui di Konsert Jiwa Malaysia 2024 pada Sabtu.

Melanjutkan bicara, dia turut menyatakan video tersebut bukanlah dirinya dan jika dia menjalini hubungan istimewa dengan sesiapa, penyanyi itu akan mendedahkannya.

“Apa yang boleh saya katakan dalam video tersebut bukanlah saya, jadi jangan risau.

“Saya hanya fokus dengan karier Dolla. Jika saya ada hubungan pada masa hadapan, saya tidak akan berdalih.

"Macam mana boleh timbul gosip ini disebabkan mungkin dalam video tersebut wanita itu mungkin nampak sama dengan saya. Tapi saya boleh katakan itu adalah tidak benar," jelasnya.


Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita yang mirip Sabronzo sedang memasuki sebuah bangunan sejurus selepas seorang ahli politik tiba di lokasi sama.

BERITA TRENDING: “Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

BERITA TRENDING: Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

BERITA TRENDING: Hadir Ke Konsert Dolla, Angel Nafi Jalin Hubungan Dengan Amir Ahnaf - “Dia Kawan Saya”

BERITA TRENDING: Lakar Sejarah, Impian Dolla Tercapai Adakan Konsert Perdana Khas Buat Peminat

#Ahli Politik #Hubungan #DOLLA #Sabronzo