Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saf Tak Ada Penjarakan..” - Tunai Solat, Lana Nodin Puji Masjid Di USA Tidak Amalkan Diskriminasi

Azwa Rahman
25/09/2021 13:50 MYT
Artis Lana Nodin meluahkan rasa bersyukur apabila dapat menunaikan solat di salah sebuah masjid di Amerika Syarikat (AS) tanpa sebarang diskriminasi vaksinasi.

Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 41, sususan saf di dalam masjid tersebut juga tidak dijarakkan dan jemaah boleh menunaikan solat seperti keadaan sebelum COVID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Lana sempat berkongsi sebuah rakaman video sewaktu dia berada di dalam masjid dan menunggu suaminya, Mohd Daud McKienzie selesai menunaikan solat Jumaat.

“Alhamdulillah thank you Allah SWT. Hari ini saya dah suami dapat menunaikan solat Jumaat berjemaah dekat masjid Hamzah di Clearwater.

“Alhamdulillah dengan izinnya masjid ni hanya beberapa minit sahaja dari tempat tinggal kami. Surprisingly ramai umat Islam menunaikan solat jumaat dan semasa kami solat Jumaat, saf di sini tak ada penjarakan sama seperti saf sebelum wujudnya Covid dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini,” ujar Lana di ruangan kapsyen.

Malah Lana turut menitipkan doa agar keluarga dan sahabatnya yang berada di tanah air agar terus dilindungi daripada dijangkiti virus COVID-19.

“Masyallah, thank you Allah SWT kerana mempermudahkan semuanya untuk kami sekeluarga. Insyallah semoga Allah permudahkan keluargaku, saudaraku, sahabatku di Malaysia dan semoga Malaysia pulih semula.

“Semoga Allah lindungi umatNya walau di mana kita berada. Thank you Allah for this opportunity. Alhamdulillah, amin,” jelasnya lagi.

A post shared by Lana Nodin❤️David Mckienzie (@lananodinmckienzie)


Sebelum ini, Lana bekongsi dia dan keluarga boleh menikmati ‘dine-in’ di restoran tanpa perlu mengimbas suhu badan.

Tidak hanya itu, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu juga berpeluang membawa anak-anaknya mandi-manda di tempat awam.

BACA: "Maaf Ya, Aku Pilih 'Hujan Emas'" - Lana Nodin Tayang Kehidupan 'Bebas' Tanpa Diskriminasi Di USA

Terdahulu, Lana menerima kecaman netizen lantaran kelantangannya menegur Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah supaya berhenti ‘berlakon’ daripada terus membohongi rakyat Malaysia atas situasi COVID-19 yang sedang melanda negara, sekali gus menggesa beliau untuk meletakkan jawatan.

Lana dan keluarga telah berangkat ke AS pada pertengahan September 2021 dan sempat memuat naik momen terakhir di lapangan terbang untuk tatapan pengikutnya.
#Lana Nodin #Amerika Syarikat #COVID-19 #Antivaksin #Diskriminasi vaksinasi
;