Laman Utama
"Maaf Ya, Aku Pilih 'Hujan Emas'" - Lana Nodin Tayang Kehidupan 'Bebas' Tanpa Diskriminasi Di USA
Pelakon Lana Nodin terus berkongsi rutin sehariannya di bumi Amerika Syarikat selepas selamat pulang ke sana minggu lalu.
Selain dapat merasa 'dine-in' tanpa perlu mengimbas suhu badan, Lana juga berpeluang membawa anak-anaknya mandi-manda di tempat awam.
Terbaharu, Lana menegaskan dia memilih 'hujan emas' sepertimana pepatah Melayu 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'.
"Orang kata hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri, tapi maaf ya quote korang bagi ni...buat masa sekarang ni, aku pilih hujan emas sebab dah lama tak dapat shopping macam ni...
"Tak ada diskriminasi dan freedom of choice tu yang penting!" tulis Lana dan hantaran video berserta tanda pagar #nodiscrimination #stopdiscrimination #mybodymychoice #noscan #freedomofchoice #malaysiaboleh #wakeupmalaysian.
Tambah Lana, ketika berada di Tampa Premium Outlets, orang ramai diberikan kebebasan sama ada untuk memakai pelitup muka mahupun tidak.
Perkongsian Lana itu turut mendapat perhatian warganet yang meluahkan keresahan masing-masing di ruang komen.
"Kat sini bukan hujan je mulut petir netizen pun menjadi-jadi. Sakit hati betul dengan orang tak vaksin.
"Saya suka you bagitahu semua orang macam mana keadaan di sana. Sebab kat Malaysia semuanya ditutup, sedih tengok bergaduh hari-hari.
"Dekat sini budak kecil semua tak boleh keluar. Kasiha mereka terperuk dalam rumah.
"Tadi nak masuk kedai beli baju tak lepas. Atas bawah sales person tu tengok saya. Oklah tak apa ja, saya follow je. Tak bagi masuk tak apa," tulis beberapa komen netizen.
Must-Watch Video