Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Safiey Illias Jawab Fungsi F*raj P*ndan

Syafiqah Jalal
09/07/2020 06:47 MYT
Jutawan kosmetik popular, Safiey Illias menjawab persoalan peminatnya yang musykil tentang apakah fungsi faraj lelaki yang sudah melakukan pembedahan plastik menukar jantina atau alat kelaminnya kepada perempuan.

Menurut Safiey faraj seorang pondan selepas melakukan pembedahan plastik boleh berfungsi sama dengan faraj perempuan kecuali untuk datang bulan dan hamil.

Peminat itu bertanyakan soalan tersebut menerusi mesej peribadi di akaun Instagram (IG) miliknya.

Safiey memuat naik paparan skrin soal jawab mengenai perkara tersebut di satu entri di IGnya.

Ya Allah . Hahaha . Nak RATU SEMESTA ALAM buat VLOG pasal isu ni ke ya ampun . @drshaharom tlg terangkan tiber . Sori la @drshaharom bukan specialist SEX REASSIGMENT SURGERY . . . #Sofeaestetik #syintagila #tvsyintagila #lurvesister #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on


Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang akui ia soalan dan jawapan yang bagus didedahkan kerana turut telah menjadi kemusykilan ramai orang di luar.

“Betul kadang-kadang kita tak tahu kan nak tahu juga.

“Matilah nak, soalan macam ni ditanya. Safiey anggap jelah mereka semua nak menimba ilmu.

“Huish berani dia tanya tapi bagus Safiey rilek je jawab

“Ni tak lucah ni sains tulen laaa.Hahahaha,” komen antara pengikutnya.

Baru-baru ini, Safiey mendedahkan dia baru sahaja menjalani rawatan ke atas bentuk mukanya selepas pipinya diddakwa kelihatan pelik.

BACA: Raut Wajah Ditegur Pelik, Safiey Illias Bakal Kecilkan Pipi




#Instagram #Pondan #Ilias #'Safiey
;