Usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias menganggap kecaman dan cacian yang diterima daripada segelintir netizen itu adalah ujian buat dirinya.

Menurut Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias, dia menerima dengan hati terbuka di samping berfikiran positif.

"Walau pipi saya bernanah sebab infeksi, tapi kenapa saya muat naik dan kongsi? Kenapa tak diam dan sorok?

"Supaya korang gelakkan dan hentam kaw-kaw. Ratu anggap ujian tanda Allah sayang.

"Orang memang suka bila kita ni susah, jatuh, down dan sedih. Memang perangai orang kita camtu.

"Sebab ratu pun suka gelakkan orang hahaha. Jadi adil lah.

"Ratu positifkan diri. Ratu jadikan ujian itu sebagai pemasaran yang Allah bagi secara tiba-tiba tanpa dirancang.

"Benda dah berlaku orang cakap, apa kita boleh buat untuk undur. Terima dengan hati terbuka dan ambik hikmahnya," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

Tambah pelantun lagu Syinta Gila, dia menyifatkan insiden bahagian pipinya bernanah disebabkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah itu sebagai pengajaran.

"Bagi ratu ni ujian, jadi mungkin Allah nak tegur. Sekaligus beri informasi dekat orang ramai agar berhati hati dengan servis estetik oleh bukan doktor.

"Tu la hikmahnya. Tapi ramai orang bila kena ujian sedih, down dan stress. Jadi relaks ja. Ambik hikmah.

"Tukar terus emosi negatif jadi positif!! Hujung-hujung @glasskinz.co membantu ratu merawat luka nanah ni dan tak ada parut.

"Jadi sekarang ni ratu pulak nak ketawakan korang yang gelabah beruk haritu kutuk macam-macam.

"Positif! Positif! Kalau tak positif, gembira, ceria, macam mana nak menjala rezeki? Macam mana nak tarik rezeki?

"Sebenarnya bukan saya sorang diuji, korang pun diuji untuk tahan mulut daripada bercakap bukan-bukan. Haha. 1 jari tunding dekat orang, 9 jari tambah 10 jari kaki, jumlah 19 jari tunding dekat kita balik.

"Yang baik jadikan tauladan, yang kurang kita sama-sama jadikan sempadan. Maaf daripada ratu andai diriku terluka. Gitu," tulisnya lagi.

Walau pipi saya bernanah sbb infeksi , tpi kenapa saya upload dan share ? Kenapa x diam dan sorok ? Kalau upload lagi org tahu dan org ketawakan . Tq @dralicegoh sebab betulkan kening ratu . Tp xde lah smpai RM30k. Ratu ada buat treatment lain juga ya . Jgn salah faham pula . @dralicegoh baik harga berpatutan . . . Org mmg suka bila kita ni susah , jatuh , down dan sedih . Mmg prangai org kita cmtu . Sbb ratu pun suka gelakkan org hahaha . So adil lah. Bgi ratu ni ujian , so mungkin Allah nk tegur . Sekaligus beri informasi dkt org ramai agar berhati hati dgn service estetik oleh bukan doktor . . . Kenapa ratu upload ? Supaya korang gelakkan dan hentam kaw2. Ratu anggap ujian tanda Allah syg . Ratu positifkan diri . Ratu jadikan ujian itu sebagai marketing yg Allah bg secara tiba2 tanpa dirancang . Benda dh berlaku org ckp , apa kita boleh buat untuk undur . Terima dgn hati terbuka dan ambik hikmahnya . Kalau contoh harini sales kita slow , apa hikmah kita boleh dapat ? Mcm2 tau . Fikir sendiri . Jgn nampak nak sales berjuta aje tapi kita tak sedar ujian pun didatangkan dgn hikmah . . . Tu la hikmahnya . Tp ramai org bila kene ujian sedih , down dan stress . So relaks je . Ambik hikmah . Tukar terus emosi negatif jadi positif !! Hujung2 @glasskinz.co membantu ratu merawat luka nanah ni dan tak ada parut . . . So skrg ni ratu pulak nk ketawakan korg yg gelabah beruk haritu kutuk mcm2 . . . POSITIF . POSITIF ! Kalau x positif , happy , ceria , mcm mana nak menjala rezeki ? Mcm mana nak tarik rezeki ? Sebenarnya bukan saya sorg diuji , korg pun diuji untuk tahan mulut drpd bercakap bukan2 . Haha. 1 jari tunding dkt org , 9 jari tambah 10 jari kaki , total 19 jari tunding dkt kita balik . . . Yg baik jadikan tauladan , yg kurang kita sama2 jadikan sempadan . Maaf drpd ratu andai diriku Terluka . Gitu . . . #Sofeaestetik #perhhhperamm #syintagila #tvsyintagila #ratusemestaalam #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong #isabellamaradonna #hujunghujungsis

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on


Sebelum ini, Safiey mendedahkan bahagian pipinya mula bernanah selepas mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

BACA: Padah Buat Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!

Perbuatan Safiey yang sering berkongsi pembedahan dilakukan pada anggota badannya kepada umum itu telah menarik perhatian PU Syed Bakri Al-Yahya dan PU Amin.

BACA: PU Syed Suruh Safiey Bertaubat, "Gaya Hidup Sebegini Berbahaya Kerana Boleh Jadi Ikutan ..."

BACA: "Segala Cara Lembut Dan Santun Telah Kita Lakukan..." - PU Amin Ajak Orang Ramai Boikot Produk