Usahawan kontroversi, Safiey Illias mendedahkan dia bakal menjalani pembedahan menukar warna mata sejurus kerajaan membenarkan untuk keluar dari negara.

Kata Safiey, dia akan menukar kepada rona Frost Gray di New Delhi, India.

"Pembedahan seterusnya yang saya akan lakukan adalah menukar warna mata di New Delhi.

"Ronanya ialah Frost Gray. Ia ditaja dan pakarnya adalah daripada Amerika Syarikat," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Syinta Gila tidak kisah menghabiskan sejumlah duit yang banyak untuk kecantikkan diri.

"Bagi saya tidak mengapalah, janji saya tak habiskan pada orang lain, sudah. Ia satu kepuasan untuk saya.

"Kita buat bisnes sebab mahu jadi cantik. Bila rasa sudah cukup, cukuplah. Kemudian kita lakukan pula hobi yang lain.

"Misalnya apa lagi yang boleh membakarkan semangat kita dalam perniagaan. Sebab saya percaya, kita tak boleh nak paksa orang untuk buat apa yang kita tidak suka.

"Ada yang suka laburkan dengan bina rumah yang besar, ada yang suka ubah dapur, beli baju dan sebagainya. Jadi kita tidak boleh paksa orang," katanya lagi.