Hiburan
Sahabat Baik Instafamous, Hafiz Mahamad Meninggal Dunia - "Masa Terakhir Jumpa Saya Dah Tau Berapa Lama Jangka Hayat Dia Boleh Bertahan .."
Instafamous dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad berkongsi berita duka apabila sahabat baiknya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah meninggal dunia, pagi tadi.
Sebelum ini, Hafiz pernah merentas negeri untuk bertemu dan menghadiahkan arwah sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu.
Menurut Hafiz, dia akan pulang ke Kelantan dengan menaiki kapal terbang pada pukul 10 pagi nanti.
"Sahabat saya Loh baru saja meninggal dunia pagi tadi. Jadi, 10 pagi saya akan ke Kelantan.
"Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat," katanya menerusi Instagram Stories.
Tambah Hafiz, dia sudah mengetahui dari awal yang arwah hanya mampu bertahan selama sebulan.
Walaubagaimanapun, suami kepada Syafiqah Aina ini memilih untuk mendiamkan diri dan tidak berkongsi kepada orang ramai.
"Penyakit ini jangka hayat paling lama adalah sebulan.Tetapi masa tu saya tak boleh terima. Sahabat saya boleh 'fight' dan bertahan.
"Saya tak bagitahu dekat sapa-sapa. Saya diam saja. Takdir dia harini, dia sahabat paling saya sayang, rindu dan cinta. Rehat la Loh. Kita jumpa di syurga nanti," katanya lagi.
Must-Watch Video