Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

Mya Amri
16/07/2024 03:40 MYT
Sahabat baik arwah Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Haziq menafikan dakwaan netizen yang mengatakan Allahyarham mengikut teman lelaki ke Thailand.

Nafi Farah Kartini ikut teman lelaki ke Thailand


Haziq menerusi video pendek di TikTok menasihatkan netizen supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengguris hati ahli keluarga arwah.

“Saya nak bagi teguran pada netizen yang buat spekulasi ketika kehilangan arwah, yang menyatakan arwah ada boyfriend lah, ikut boyfriend pergi Thailandlah.

“Saya nak cakap satu je, kalau tak ada benda baik nak cakap better jangan cakap sebab benda itu boleh mengguris hati keluarga dan orang yang sayangkan dia.


“Yang kedua tolong jaga keluarga anda dan pastikan setiap keluarga anda yang tinggal jauh akan ada tracker yang di mana kita boleh mengesan dia berada di mana.

“Bunyi dia macam menganggu privasi tetapi sangat membantu sekiranya kes begini jadi di keluarga anda. Semoga ada keadilan untuk arwah dan kita sama sama sedekah Al-Fatihah supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” maklumnya.

BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

BERITA TRENDING: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Ke Lokasi Penemuan Mayat


Berikut merupakan video penuh pesanan Haziq kepada netizen:
undefined
Untuk info, Haziq merupakan sahabat arwah yang belajar satu universiti sehinggalah bergraduasi bersama-sama.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pukul 6 petang semalam.

Nur Farah Kartini ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan kehilangan Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dibuat di Tanjung Malim, pukul 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Sebelum dilaporkan hilang, wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

#Viral #Meninggal Dunia #Netizen #Kes Bunuh #Thailand #Tular #Teman Lelaki #Haziq #Spekulasi #Rakan Baik #Farah Kartini #Nur Farah Kartini