HIBURAN

Saharul Ridzwan Jual Kereta Pemberian Hadiah Untuk Isteri, Sempat Mohon Maaf – “Ada Rezeki Lain, Insya-Allah”

Khairil Khusyairi 20/05/2025 | 00:01 MYT
Aktor dan usahawan, Saharul Ridzwan mengambil keputusan menjual kereta miliknya selepas lima tahun membelinya.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), Saharul memaklumkan kereta jenis Honda Jazz warna putih miliknya itu sudah terjual selepas beberapa hari dikongsi Saharul.
“Terima kasih, dah jual. Syukur Allah mudahkan,” kongsinya.
Apa yang mencuri perhatian, kereta yang dijual sekitar harga RM55,000 itu adalah sebuah pemberian hadiah Saharul kepada isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 2020.
Sehubungan dengan itu, Saharul memohon maaf kepada isterinya kerana bertindak menjual kereta tersebut.
“Yang, minta maaflah kereta awak (hadiah) tahun 2020. Ada rezeki, InsyaAllah,” katanya lagi.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu turut memaklumkan sebab dia menjual kereta tersebut adalah ada rezeki lain yang menanti.
Terdahulu, Saharul juga pernah menjual kereta jenis Mercedes pada tahun lalu selepas lima tahun memilikinya.
Untuk rekod, Saharul dan Deena mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016
#pelakon #Kereta #Jual #Rezeki #Aset #“Deena #“Saharul #Emir” #Ridzwan”