Penyanyi popular Hollywood, Selena Gomez tampil memberi kenyataan ekoran saiz berat badannya yang bertambah menjadi bahan ejekan di media sosial baru-baru ini.

Memetik laporan Mirror, kejadian itu sedikit sebanyak telah memberi tekanan kepadanya, namun Selena tetap bersikap positif.

Selena juga menjelaskan berat badannya bertambah disebabkan pengambilan ubat penyakit Lupus yang dihidapi sejak tahun 2013.

Pengambilan ubat yang menambah selera makan itu harus diteruskan sepanjang hayatnya.

"Kenaikan berat badan saya adalah disebabkan pengambilan ubat yang harus diteruskan sepanjang hidup saya.

"Saya sedar apabila orang mengecam mengenai berat badan saya, namun secara realiti, itulah kebenarannya.

"Saya tak kisah untuk mendedahkan diri kepada umum, saya juga tak mahu tak mahu ambil peduli tentang percakapan negatif orang ramai mengenai diri saya," ujar Selena dalam sebuah kenyataan.

Difahamkan, Lupus merupakan sejenis penyakit berkaitan sistem imunisasi manusia yang boleh merosakkan tisu badan, ia juga mampu mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal.

Sebelum ini, penyanyi lagu Come And Get It ini pernah menjalani beberapa rawatan kimoterapi bagi merawat penyakit tersebut.

Sumber : mirror.co.uk