Skip to main content

Berita

Rakam Pesakit Tanpa Kebenaran & Muat Naik Kapsyen 'Sangat Bosan', Dua Jururawat Dipecat

Rakam Pesakit Tanpa Kebenaran & Muat Naik Kapsyen 'Sangat Bosan', Dua Jururawat Dipecat

Sekilas

  • Dua jururawat di Matsudo, Jepun dipecat selepas merakam dan memuat naik video pesakit terlantar tanpa kebenaran di media sosial.
  • Hospital Chiba Nishi General memohon maaf kepada keluarga pesakit dan melaporkan insiden kepada pihak berkuasa.
  • Pihak hospital akan mengadakan latihan kepada kakitangan mengenai penggunaan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.
Advertisement

Dua jururawat wanita di Matsudo, Wilayah Chiba, Jepun, dipecat selepas merakam video pesakit dalam keadaan terlantar di hospital tanpa kebenaran sebelum memuat naiknya di media sosial.

Seorang lagi jururawat yang melihat kandungan tersebut dalam kumpulan berkenaan diberikan amaran keras.

Advertisement

Hospital Chiba Nishi General yang dikendalikan Kumpulan Perubatan Tokushukai mengumumkan tindakan disiplin itu pada Sabtu, lapor Sankei Shimbun.

Kejadian berlaku ketika syif malam pada 5 Oktober apabila kedua-dua jururawat berkenaan merakam seorang pesakit yang sedang terlantar di katil dan mengambil swafoto di dalam hospital tanpa kebenaran.

Video berkenaan kemudian dimuat naik ke platform X dengan kapsyen seperti 'sangat bosan', 'rumah neraka' dan 'kerja ini teruk'.

Advertisement

Pengarah hospital, Kazuo Misumi, menerusi laman web rasmi hospital memaklumkan bahawa kandungan yang langsung tidak sesuai dengan profesion penjagaan kesihatan itu telah dimuat naik ke media sosial.

Beliau turut memohon maaf berhubung kejadian tersebut.

Pada Jumaat, pihak hospital memohon maaf kepada keluarga pesakit yang dirakam dan melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa bandar serta pusat kesihatan awam.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, pihak hospital merancang mengadakan latihan kepada kakitangan mengenai penggunaan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian



 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement