Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Saiz Perut BCL Jadi Sorotan Netizen, Ramai Speku Sedang Hamil?

Amri Hassan
03/03/2024 13:55 MYT
Seleps tiga bulan berkahwin dengan usahawan, Tiko Aryawardhana, penyanyi dan pelakon jelita Bunga Citra Lestari terus menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, menerusi sepotong video yang tular di TikTok, BCL yang menyarung tank top hitam bersama cardigan kelabu sekali lagi mencuri tumpuan.

Dalam sesi soundcheck di sebuah acara di Makassar, Indonesia, saiz perut BCL pula jadi bualan.

Kata netizen, perut BCL kelihatan sedikit buncit dalam persalinan tank top ketat itu. Ada yang berspekulasi pelantun lagu Cinta Sejati itu sedang berbadan dua.
undefined

Bagaimanapun, peminat setia BCL menafikan perkara tersebut dan menegaskan keadaan fizikal artis kesayangan mereka itu normal sejak dahulu lagi.

Sebelum ini, BCL memberitahu dia enggan berbadan dua disebabkan risiko usianya.

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Tidak Berhasrat Hamil Lepas Nikahi Tiko Aryawardhana

#Viral #Hamil #Bunga Citra Lestari #Indonesia #BCL #Perut #Buncit