Usia pernikahan Bunga Citra Lestari dengan suami, Tiko Aryawardhana baru memasuki dua bulan.

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari, Suami Sambut 2024 Dengan Tunai Umrah

Dan salah satu soalan klise yang sering diterima bintang terkenal Indonesia tersebut adalah hamil dan memiliki anak hasil perkahwinan keduanya dengan Tiko.

Tanpa berselindung, Bunga atau BCL mengakui tidak merancang untuk hamil atau menjadi ibu baharu.

Menurut mantan isteri Allahyarham Ashraf Sinclair itu, dia memutuskan tidak mahu hamil lagi kerana faktor umur sekaligus enggan membahayakan kesihatannya.

“Rasanya (hamil dan punya anak) tidak ya. Saya sudah tua dan rasa sangat berisiko jika hamil. Usia saya sudah lebih 40 tahun. Kan di atas usia 35 hingga 40 tahun berisiko (hamil),” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Jangan Merapu Sangat! Netizen Dakwa Lalat Di Kening BCL Jelmaan Allahyarham Ashraf Sinclair

Penyanyi Cinta Sejati itu menjawab persoalan mengenai rancangan memiliki zuriat sewaktu muncul dalam podcast Tuah Kreasi yang diacarakan oleh Praz Teguh, lapor Viva.co.id.

Wanita yang kini berusia 40 tahun sudah memiliki seorang anak lelaki, Noah Sinclair hasil perkahwinan pertama dengan Allahyarham Ashraf. Noah kini berusia 14 tahun.

Tiko pula dilaporkan seorang duda yang telah memiliki tiga anak hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

Secara rasmi, pasangan yang menikah di Bali pada Disember 2023 itu sudah memiliki empat orang anak.