Usahawan Nur Sajat tidak dapat menahan air mata apabila menerima kiriman kain batik dan baju kurung daripada ibu tercinta.

BERITA TRENDING: “Ayah, Ampunkan Ajad…” - Sajat Sebak Lihat Bapa Yang Sakit Terima Kerusi Roda Pemberiannya

Menerusi sebuah klip yang viral di platfrom X, Sajat berkata, dia meminta ibunya untuk menghantar kain batik serta baju kurung supaya boleh digunakan ketika memasak.

“Tadikan… hari ni Sajat happy sangat. Sebab harini mak Sajat hantarkan Sajat kain batik. Lepas tu dia hantar baju kurung dia dekat Sajat.

“Sajat cakap Sajat nak baju kurung nak buat masak-masak. Lepas tu dia bagi baju kurung dia,” katanya sambil mencium baju kurung yang diterimanya daripada kampung halaman.

Sambil menyeka air mata, Sajat berkata: “Sayang nak pakai,” katanya.

Untuk rekod, Sajat kini menetap di Australia dan tidak pernah pulang menjenguk ibu bapanya. Sajat pernah memberitahu Gempak yang dia hanya berkomunikasi dengan keluarga menerusi panggilan telefon atau video.

BERITA TRENDING: Sajat Menangis Sedu-Sedan, Rindu Kuih Mak!

Sebelum ini, Sajat turut meminta bantuan sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri untuk membelikan kerusi roda untuk ayahnya yang sedang uzur.

Sumber: Platform X